Apa Khabar sahabat?.. hihi maaf lama tak update.. actually ana tak ingat ana punya email... hihi.. memang la tak dpt nak update.. huhuhu.. tapi tak ape.. ana da jumpa email balik.. alhamdulillah la ada save kat phone rupanya.. huhu.. Apa la ana ni kan.. kah3.
Ermm.. mcm mana bulan puasa tahun ni.. ok?? ke lebih baik dari sebelum ni?? ke sama je...?? atau makin
teruk..? ish3.. tak la kan.. ana tarik balik ye... huhu.. InsyaAllah... ana berharap agar ibadat kita di bulan puasa tahun ini diterima Allah.. Seterusnya menjadikan bulan puasa kita tahun ni lebih baik dari sebelumnya..
...Ameen...
Kat sini juga, ana nak berkongsi sikit tentang puasa ni. Seperti yang semua orang tahu, puasa ni adalah rukun islam yang ke 3 selepas solat 5 fardhu. Tetapi apa yang berlaku sekarang, ramai yang berpuasa tapi solatnya tak cukup, main suka je nak wat brape pun..Nauzubillahiminzalik..Kenapa ye bila disuruh puasa orang puasa, tapi bila disuruh solat. ya ampun liatnya.? Walhal, dalam Al-Quran..banyak dalil yang mewajibkan kita supaya solat berbanding puasa yang hanya satu dalil je.. erm.. waallahualam... Sebelum tu ni dalil yang mewajibkan kita supaya berpuasa..
Maksudnya :
"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa."
Berdasarkan dalil diatas, ia ditujukan kepada orang-orang beriman (kita la tu). selepas itu ada dua mesej penting kenapa kita berpuasa. Pertama, untuk menghormati orang-orang yang terdahulu dari kita.. mean that, bukan kita yang mula kan puasa ni.. sejak dari dulu lagi puasa ni da diwajibkan da.. ok. kedua, adalah supaya kita menjadi orang yang bertaqwa. Ana highlight sikit ye perkataan TAQWA ni.
Kalau dari segi bahasa, taqwa ialah bersih, suci.
Manakala dari segi istilah, taqwa ialah menghindari diri kita dari segala bentuk atau sesuatu yang dapat menyebabkan kita menjauhkan diri kita daripada Allah.Wahai sahabat ana yang dihormati, bahawasanya Allah sgt sayang dan kasih kat kita.. Allah nak kita dekat gan Dia, sebab tu la Dia suruh kita selaku hambanya ini berpuasa.. betul tak.. ermm.. tapi sejauh mana kah puasa kita tu.. adakah sekadar menahan makan dan minum sahaja?? cukup kah??
Ok la ana rasa sampai sini je untuk hari ini.. Ana sambung kat blog yang akan datang ye.
...InsyaAllah...
Wassalam.. ^^


No comments:
Post a Comment