Pernahkah anda ingat kepada Allah?Tuhan yang menciptakan alam ini.Tuhan yang menyayangi semua hambanya
terutamanya, hamba yang soleh dan solehah.
Tuhan yang sentiasa menolong hambannya
disaat susah dan senang.
Tetapi......
Kenapa masih ada manusia yang lalai dan
lupa kepada-Nya....
Allah menciptakan matahari bukannya untuk
dipuja.
Tetapi sebagai nikmat yang Allah berikan
supaya hambanya itu bersyukur.
Allah menciptakan hutan bukan untuk
dimusnahkan.Tetapi sebagai sumber rezeki dan amanah
yang perlu dijaga.
Allah memberi nikmat Akal bukan untuk
bermegah-megah.Tetapi supaya manusia berfikir akan
kebesaran Allah.
Allah menciptakan ibubapa bukan
untuk dijadikan kuli,dimaki, atau dihina.Tetapi sebagai anugerah yang tidak
ternilai kerana disitulah lahirnya kasih sayang yang sejati.
Ingatlah dunia ialah tempat menimba
seberapa banyak amalan untuk dijadikan bekalan sepanjang masa kerana hidup
didunia hanyalah sementara....
Tiada gunanya memohon agar dipanjangkan
usia tetapi hanya melakukan dosa dan maksiat kepada Allah.
Tiada gunanya memohon dimurahkan rezeki
tetapi kedekut untuk bersedekah dan mengeluarkan zakat.
Tiada gunanya memohon supaya dikurniakan
anak yang soleh dan solehah tetapi gagal menjadi contoh yang baik kepada
anak-anak..tetapi mohonlah kepada Allah supaya hidup
ini dirahmati dan diberkati..
-InsyaAllah-